Ramal pergerakan harga dengan indikator teknikal
Tahukah anda bahawa indikator-indikator teknikal boleh membantu anda menduga pergerakan harga di masa hadapan. Dengan menggunakannya di dalam strategi anda, anda boleh mendapatkan gambaran tentang pola-pola di pasaran dan menerokai peluang-peluang perdagangan baharu.
Pada kali ini, kami ingin ceritakan kepada anda tentang satu strategi* yang terdiri dari dua indikator purata bergerak dan MACD.
Jika anda sudah bersedia untuk mengeksploitasi signal-signal dari gabungan tiga osilator dan mengekalkan posisi selama beberapa hari, anda mungkin akan menyukai strategi ini. Anda mencubanya di rangka masa H4 di semua pasangan major.
Bagaimana cara untuk setup indikator?
• Klik ‘Insert’ di menu utama dan pilih ‘Indicators’ — ‘Trend’ — ‘Moving Average’.
• Tambahkan purata bergerak eksponen dan purata bergerak ringkas dengan tempoh 21 dan 89 masing-masing (EMA dan SMA).
• Tambahkan osilator MACD dengan tetapan standard 12, 26, 9.