Dagangan ringgit berakhir lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit berakhir lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Khamis, menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) AS esok, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.3420/3940 berbanding dolar AS daripada 4.3930/3960 ketika ditutup semalam.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata harga minyak mentah masih mengimbangi ringgit, walaupun terdapat kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global.

"Sesi yang dijangka tenang (dalam pasaran mata wang) menjelang pengumuman data CPI AS yang kritikal esok, yang mungkin memberi isyarat jika Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu menaikkan faedah secara lebih agresif atau tidak, jika inflasi kekal dalam laporan itu," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada 5.4992/5017 daripada 5.5027/5064 ketika ditutup pada Khamis tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1939/1956 daripada 3.1928/1952 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini