Nilai ringgit terus meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit terus meningkat


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarilkat (AS) hari ini berikutan lebih ramai pelabur kembali ke mata wang pesat membangun selepas Rizab Persekutuan (Fed) AS mengumumkan kenaikan 75 mata asas kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.4020/4045 daripada 4.4120/4150 ketika ditutup pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, pasaran terkejut dengan kenaikan kadar faedah 0.75 peratus Fed yang lebih besar daripada jangkaan kepada julat 1.50-1.75 peratus kerana inflasi yang tinggi berterusan memaksa bank pusat itu melaksanakan kenaikan terbesarnya dalam satu mesyuarat sejak 1994.

Dalam pada itu, katanya harga minyak pulih pada Khamis daripada penurunan mendadak pada sesi sebelumnya, didorong oleh bekalan minyak yang terhad dan penggunaan puncak musim panas berikutan kenaikan kadar AS mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan permintaan bahan api yang kurang.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu susut berbanding pound Britain kepada 5.3396/3427 daripada 5.3323/3360 ketika ditutup pada Khamis dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1687/1710 daripada 3.1732/1758 semalam.

Ia jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.3128/3149 daripada 3.2815/2840 pada Rabu namun naik berbanding euro kepada 4.5798/5824 daripada 4.6277/6309.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini