Ringgit ditutup rendah lagi, RM4.419 berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah lagi, RM4.419 berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit kekal ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila lebih ramai pelabur beralih kepada aset selamat berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Peniaga berkata, pelabur berhati-hati susulan data inflasi yang terhakis dan pandangan yang berubah dengan pantas dalam pasaran kewangan pada Isnin telah membuka ruang kepada peningkatan faedah mata peratusan tiga-suku yang lebih besar dari jangkaan apabila Rizab Persekutuan AS bermesyuarat minggu ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3496/3533 daripada paras penutup 5.3892/3910 pada Isnin dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1771/1797 daripada 3.1770/1783.

Ringgit juga turun berbanding yen Jepun kepada 3.2921/2948 daripada 3.2830/2844 pada Isnin tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6108/6139 daripada 4.6211/6226.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini