Nilai euro terendah dalam 20 tahun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai euro terendah dalam 20 tahun


ANKARA: Euro susut ke paras terendah baharu dalam tempoh 20 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), berikutan langkah Rizab Persekutuan (Fed) memperketatkan monetari dan perang Russia ke atas Ukraine yang mengancam bekalan tenaga ke Eropah, lapor Anadolu Agency.

Nilai euro berbanding dolar jatuh serendah AS$1.0053, paras paling lemah sejak 6 Disember 2002, demikian menurut angka rasmi.

Indeks dolar, yang digunakan untuk mengukur nilai dolar AS berbanding kumpulan enam mata wang asing termasuk pound Britain, euro, franc Switzerland, yen Jepun, dolar Kanada dan krona Sweden, meningkat 1.1 peratus kepada 108.19, paras tertinggi baharu dalam 20 tahun.

Fed telah melakukan kenaikan kadar sebanyak 150 mata asas sejak Mac lalu bagi membendung inflasi yang berada di paras tertinggi, sekali gus melonjakkan indeks dolar.

Bank Pusat Eropah (ECB), bagaimanapun, masih lagi belum membuat perubahan terhadap kadar faedah.

ECB dijangka membuat kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas pada 21 Julai ini, manakala Fed dijangka menaikkan kadar secara agresif sebanyak 75 mata asas lagi pada 27 Julai, tambahnya.

Perang di Ukraine terus mencetuskan risiko kepada eurozone, dengan Jerman, ekonomi terbesar pakatan itu, berpotensi berdepan pemotongan kekal aliran gas asli Russia.

Ekonomi negara-negara Amerika dan Eropah pula dibelenggu dengan kebimbangan terhadap kemesetan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini