Ringgit terus merosot, jatuh empat hari berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus merosot, jatuh empat hari berturut-turut

 


KUALA LUMPUR: Ringgit terus merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari keempat berturut-turut berikutan sentimen yang telah dipengaruhi pengukuhan ringgit dan kekurangan pemangkin domestik untuk meningkatkan mata wang tempatan, menurut penganalisis.

Pada 6 petang Khamis, mata wang tempatan susut berbanding mata wang negara maju itu kepada 4.4270/4285 daripada 4.4225/4260 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd,, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS terus mengukuh memandangkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka meneruskan dasarnya yang ketat pada masa akan datang, berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada Jun.

"Ini bermakna, satu lagi kenaikan 50 hingga 75 mata asas dikatakan hampir pasti ketika mesyuarat FOMC pada 26-27 Julai ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, dolar AS turut menokok berbanding pound sterling Britain berikutan ketidaktentuan politik yang ketara selepas Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson melepaskan jawatannya ketika negara itu sedang bergelut dengan kadar inflasi tinggi dalam tempoh 40 tahun.

"Indeks Dolar AS (DXY) kekal meningkat sekitar 107 mata dan ringgit merosot menghampiri paras rintangannya pada RM4.44," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3115/3133 daripada 5.2800/2842 pada Rabu dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1601/1616 daripada 3.1504/1531 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding euro kepada 4.5186/5197 daripada 4.5220/5256 sewaktu ditutup pada Rabu dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.2537/2551 daripada 3.2682/2710 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini