Dolar AS naik tanpa henti, ringgit kekal di paras RM4.52 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dolar AS naik tanpa henti, ringgit kekal di paras RM4.52

 


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit kekal di atas paras RM4.52 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan pagi ini, menyaksikan mata wang negara maju itu meneruskan kenaikan tanpa henti menghala ke paras tertinggi sepanjang masa, dirangsang oleh data terkini Indeks Harga Pengeluar (IHP) teras AS yang memberangsangkan.

Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5270/5305 berbanding dolar AS daripada 4.5265/5285 pada penutup hari Rabu.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data IHP AS merekodkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 7.3 peratus berbanding ramalan 7.1 peratus.

"Dari sudut teknikal, kali terakhir dolar AS mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit adalah pada November 2016, apabila ia mencapai 4.5380. Di sinilah dolar sepatutnya menghadapi rintangan sementara," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang mana mata wang tempatan turun kepada 3.1622/1649 daripada 3.1616/1635.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.2193/2223 daripada 3.2252/2268 pada Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2178/2219 daripada 5.2331/2354 semalam dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.5143/5178 daripada 4.5306/5326 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini