XM dan pakar dagangan sekali lagi berpeluang untuk berhubung bersama pedagang Malaysia secara bersemuka! Pada bulan Ogos, kami telah menerima lebih dari 300 kunjungan pelanggan di seminar Kuala Lumpur yang dijalankan sebanyak dua sesi.
Terbuka kepada pedagang baharu, seminar percumaAsas Dagangan Emas dan Teori Elliott Waveini menawarkan bimbingan praktikal terhadap dagangan emas dan merancang pasaran. Dua sesi seminar ini dipenuhi dengan panduan berguna dan teknik praktikal yang dibimbing oleh instruktor pakar dagangan iaitu Imran Zailani dan Zulle Razak.
Semua peserta menerima bonus deposit 50%. Di samping itu, XM turut memberikan indikator Avramis Gold secara percuma, iaitu alat efektif yang berfungsi untuk menilai pergerakan harga emas, trend dan mengenal pasti titik entri atau exit yang optimum.
Dengan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pelanggan yang menghadiri seminar ini. Kami turut berharap setiap teknik yang dipelajari dimanfaatkan sebaiknya untuk mencapai matlamat dagangan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak pandangan dan analisis pasaran terkini, sertai sesi e-Pendidikan percuma di pautan Ruang Lanjutan Melayu. Sesi tersebut akan dihoskan oleh pakar pasaran kami pada setiap minggu dari hari Isnin hingga Jumaat, antara jam 13:00 dan 21:00 (waktu Malaysia).