Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam 24 tahun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup pada paras paling rendah dalam 24 tahun


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup pada paras terendah dalam 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong pelabur beralih kepada dolar AS, menjatuhkan mata wang dunia lain, termasuk ringgit.

Pada 6.01 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata satu lagi sebab yang mungkin membebankan ringgit ialah krisis tenaga di Eropah akibat perang Ukraine.

Ringgit dibuka hari ini pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, berikutan lebih ramai pelabur beralih ke aset selamat disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu.

Mengulas mengenai mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dan esok, Ahmed Razman berpandangan BNM akan menaikkan lagi 25 mata asas kepada 2.5 peratus.

"Pada pendapat saya, BNM akan meningkatkan lagi 25 mata asas, jadi Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan menjadi 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi iaitu 4.4 peratus pada bulan Julai."

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1990/2009 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound kepada 5.1723/1746 daripada 5.2156/2191, naik berbanding euro kepada 4.4615/4635 daripada 4.4759/4788 dan meningkat berbanding yen kepada 3.1238/1254 daripada 3.1741/1762 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini