Kemeriahan Hari Keluarga XM Muncul Kembali Pada Tahun 2022 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kemeriahan Hari Keluarga XM Muncul Kembali Pada Tahun 2022

Acara Hari Keluarga XM akhirnya berjaya dijalankan selepas 3 tahun terhenti susulan penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Kami telah mengalu-alukan pelanggan XM Malaysia untuk meluangkan masa seharian bersama keluarga mereka di MAEPs, Serdang.

Keseronokan acara telah bermula sejak awal pagi, dan dipenuhi dengan aktiviti mesra keluarga seperti permainan Squid Games serta pelbagai permainan karnival yang lain. Aktiviti-aktiviti itu telah membuatkan para peserta dari semua peringkat umur tersenyum sepanjang hari berkenaan. Selain itu, sesi cabutan bertuah dengan pemberian 10+1 hadiah turut mencetus keterujaan ramai peserta.

 

 Para pemenang telah memenangi pakej penginapan dan tiket taman air untuk dinikmati oleh seisi keluarga mereka. Hadiah utama cabutan bertuah pula merupakan sebuah kereta Proton Iriz baharu, dan pemenang diumumkan pada penghujung hari acara tersebut sempena sambutan MY10.

Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian, dan menyumbang kegembiraan serta semangat yang luar biasa dalam setiap aktiviti Hari Keluarga kami pada tahun ini.


























































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini