Ringgit kekal di paras RM4.64 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kekal di paras RM4.64 berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan meneruskan dasar monetari ketatnya pada masa hadapan.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan meningkat sedikit kepada 4.6460/6495 berbanding dolar AS daripada penutupan Isnin 4.6470/6500.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata masih terdapat dua mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) di ASsebelum akhir tahun dan jangkaannya 2022 akan berakhir dengan kadar faedah AS antara 4.25 peratus dan 4.75 peratus.

Kadar semasa ialah pada 3.25 peratus.

"Ini akan membantu melonjakkan lagi nilai dolar AS berbanding mata wang lain," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau menambah Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ISM AS bagi September jatuh 1.9 peratus kepada 50.9 peratus, dan ini mencerminkan elemen ketidaktentuan terhadap kesihatan ekonomi AS.

Sementara itu, rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata harga minyak yang lebih tinggi akan mengehadkan sebarang kelemahan ringgit, terutamanya berbanding rakan serantau yang merupakan pengimport minyak.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.2653/2693 daripada 5.1963/1996 pada penutup Isnin dan turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2462/2491 daripada 3.2354/2379.

Ringgit lemah berbanding yen Jepun pada 3.2108/2136 daripada 3.2015/2040 dan susut berbanding euro kepada 4.5652/5686 daripada 4.5355/5384 pada hari Isnin.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini