Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan wujudnya tanda-tanda bahawa China sedang bersedia untuk melonggarkan dasar sifar COVID-19 mereka.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.5925/5980 berbanding dolar AS daripada 4.6200/6250 pada penutup Jumaat lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata perubahan dasar di China akhirnya menunjukkan potensi untuk merangsang pasaran dan akan terus menyokong mata wang tempatan pada masa hadapan.

"Presiden Xi Jinping yang mencengkam kuasa dengan kuat dan keadaan ekonomi yang teruk akhirnya mencapai tahap yang mana dasar mula bertindak balas.

"Evolusi dasar China yang lebih progresif berkaitan dengan melonggarkan sekatan COVID-19 dan langkah untuk menyokong pasaran hartanah membantu memacu permintaan ringgit," kata Innes.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3405/3450 daripada 3.3527/3568 pada Jumaat lalu dan meningkat berbanding euro kepada 4.7381/7438 daripada 4.7471/7522.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2738/2782 daripada 3.3047/3088 pada penutup Jumaat lalu dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4187/4252 daripada 5.4322/4381 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini