Pola Cup and Handle
Apa Itu pola Cup and Handle?
Pola harga Cup and Handle adalah setup carta teknikal yang menyerupai bentuk cawan yang bertangkai. Cawan berbentuk "U", dan tangkainya adalah suatu pembetulan singkat ke bawah. Biasanya, “Cup and Handle” adalah pola bullish dan boleh dianggap sebagai formasi penerusan dan penyongsangan.
Apakah yang diberitahu oleh pola Cup and Handle?
Harga membentuk pola ini apabila harga tinggi sebelumnya diuji semula, menyebabkan tekanan jualan daripada pedagang yang membeli aset berhampiran aras tersebut. Walau bagaimanapun, penurunan tidak berlaku seolah-olah ia dihumban kesemuanya sekali gus, tetapi kelihatan lebih seperti pola "bendera" (flag), yang bermakna minat pembeli terhadap aset berterusan untuk satu tempoh yang signifikan walaupun nilainya sudah tinggi. Selepas lolos ke sebelah atas rintangan, harga meroket ke paras tertinggi baharu, didorong oleh sentimen yang bullish secara keseluruhannya.
Adalah berbaloi untuk mempertimbangkan peraturan berikut apabila mengesan pola Cup and Handle:
Panjang: Secara umumnya, cawan dengan bahagian bawah yang berbentuk lebih "U" dan lebih panjang memberikan isyarat yang lebih kuat. Pedagang perlu mengelakkan cawan yang bahagian bawahnya berbentuk "V" yang tajam.
Kedalaman: Pedagang harus menjauhi tangkai cawan yang terlalu dalam, kerana tangkai tersebut harus terbentuk di separuh atas pola cawan.
Volum: Volum hendaklah berkurangan apabila harga menurun dan kekal lebih rendah daripada purata di dasar mangkuk. Ia seharusnya meningkat apabila harga bergerak ke arah paras tertinggi silam terdekat, mengesahkan minat pembeli.
Bagaimana cara berdagang dengan Cup and Handle
Terdapat beberapa pendekatan untuk berdagang dengan Cup and Handle. Yang pertama adalah untuk pedagang yang gemarkan risiko. Anda perlu membuka urusniaga beli apabila garisan trend rintangan tangkai ditembusi. Dalam kes ini, pedagang harus membuat pesanan Renti Rugi sedikit lebih rendah daripada garisan trend tangkai. Sasaran keuntungan akan berada di garisan trend rintangan, menghubungkan dua paras tertinggi cawan.
Sebagai alternatif, anda juga boleh menunggu harga ditutup di atas garisan trend rintangan yang menghubungkan dua paras tertinggi cawan, dan membuka urusniaga beli. Untuk urusniaga ini, sasaran keuntungan akan ditentukan dengan mengukur jarak vertikal antara bahagian dasar cawan dan garis trend rintangan, yang menghubungkan dua puncak/pinggiran cawan. Renti Rugi anda perlu diletakkan betul-betul di bawah garisan trend rintangan ini.
Apakah itu ‘Inverted Cup & Handle’?
‘Inverted Cup & Handle’ adalah pola bearish yang mencetuskan signal jual. Ia kelihatan seperti cawan bertangkai yang tertelangkup.
‘Inverted Cup & Handle’ adalah bertentangan dengan ‘Cup & Handle’ biasa. Jikalau pola yang normal berbentuk “u”, versi terbalik ini berbentuk “n”& dengan tangkainya ke atas. Walau bagaimanapun, pendekatan perdagangan yang sama digunakan untuk ‘Inverted Cup & Handle’.
Kesimpulan
Pola ‘Cup & Handle’ adalah formasi penerusan bullish atau penyongsangan harga, yang sering digunakan untuk mengenal pasti peluang untuk membeli. Untuk mengenal pasti ‘Inverted Cup & Handle’, ikuti pergerakan harga pada carta dan cari bentuk "u" dan tangkainya yang menuju ke bawah. Ada beberapa peraturan yang boleh membantu anda mencari pola Cup and Handle yang sah berdasarkan panjang, kedalaman, dan kecairan aset pendasar. ‘Inverted Cup & Handle’ digunakan untuk mengenal pasti peluang untuk menjual, memberikan signal pergerakan bearish di masa yang akan datang. Pola ini bergerak dalam arah yang bertentangan dengan ‘Cup & Handle’ biasa, berbentuk "n" dan tangkainya mengunjur ke atas.
Soalan-soalan tentang pola Cup & Handle
Apakah yang diberitahu oleh pola Cup and Handle?
Cup and Handle adalah suatu pola carta di mana pergerakan harga aset menghasilkan bentuk “cawan” diikuti dengan pola harga yang menunjukkan trend ke bawah. Penurunan ini, atau “tangkai,”, mungkin mengisyaratkan peluang untuk membeli.
Bagaimana cara mencari pola Cup and Handle?
Pertimbangkan senario di mana harga baru sahaja mencapai aras tinggi selepas satu momentum yang signifikan tetapi sejak dari itu telah membuat pembetulan. Pada ketika ini, pelabur mungkin membeli aset tersebut, menjangkakan ia akan melantun kembali ke paras sebelumnya. Harga kemudiannya melantun semula, menguji aras rintangan tinggi sebelumnya, selepas itu ia memasuki trend mendatar. Dalam bahagian terakhir pola tersebut, harga menembusi aras rintangan tersebut, melonjak melebihi paras tinggi sebelumnya.
Apa yang berlaku selepas pola Cup and Handle terbentuk?
Jika Cup and Handle terbentuk dan disahkan, harga harus meningkat tajam dalam jangka pendek atau sederhana. Jika pola ini gagal, bull run ini tidak akan berlaku.
Apakah sasaran untuk pola Cup and Handle?
Sasaran pola Cup and Handle adalah ketinggian cawan yang ditambah kepada garisan trend rintangan yang menghubungkan dua paras tinggi cawan.
Bagaimana cara untuk mula berdagang dengan pola Cup and Handle?
Pergi ke fbs.com, buka akaun perdagangan dan terima kata laluan perdagangan anda. Anda juga akan mendapat laman peribadi, tempat di mana anda boleh mendepositkan wang yang anda perlukan untuk berdagang. Selepas itu, pilih platform perdagangan (MT4, MT5, atau FBS Trader) yang sesuai dengan anda, muat turun dan log masuk. Anda akan disambungkan ke pasaran Forex. Sekarang anda sudah bersedia untuk membuka urusniaga perdagangan pertama anda!