Berdagang Pelbagai Aset Dengan Akaun XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berdagang Pelbagai Aset Dengan Akaun XM

Akaun dagangan berbilang aset anda termasuk akses kepada:

✅ Ruang Keahlian XM

✅ Platform yang sepadan

✅ XM WebTrader

Dengan akaun dagangan berbilang aset kami, anda boleh berdagang mata wang, indeks CFD, CFD saham, serta CFD pada logam dan juga tenaga, dalam satu platform sahaja.

Jenis Akaun Dagangan XM


Apakah itu Akaun Dagangan Forex?

Akaun forex XM adalah akaun dagangan yang anda miliki dan ianya berfungsi sama seperti akaun bank cuma ia dibuat untuk tujuan dagangan mata wang.

Akaun forex di XM boleh dibuka dalam format Micro, Standard atau XM Ultra Low seperti yang tertera dalam jadual di atas.

Sila ambil perhatian bahawa dagangan forex (atau mata wang) disediakan pada semua Platform XM.

Secara keseluruhannya, akaun dagangan forex anda memberikan

1. Akses kepada Ruang Keahlian XM

2. Akses kepada platform yang sepadan

Seperti di bank, apabila anda mendaftar akaun dagangan forex di XM untuk kali pertama, anda perlu melalui proses KYC (Kenali Pelanggan Anda) yang membolehkan XM memastikan maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat dan memastikan keselamatan dana dan maklumat akaun anda.

Dengan membuka akaun forex, anda akan menerima emel secara automatik untuk maklumat log masuk yang akan memberikan anda akses kepada Ruang Keahlian XM.

Ruang Keahlian XM adalah tempat untuk menguruskan fungsi akaun anda termasuk deposit atau pengeluaran dana, menyemak dan menuntut promosi unik, melihat status kesetiaan, melihat posisi terbuka, menukar leverage, akses kepada khidmat sokongan serta akses kepada alat dagangan yang ditawarkan oleh XM.

Tawaran di dalam Ruang Keahlian pelanggan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan fungsi yang lebih baik dan memberikan pelanggan kami lebih fleksibiliti untuk melakukan sebarang perubahan atau tambahan pada akaun mereka pada bila-bila masa tanpa memerlukan bantuan dari pengurus akaun.

Maklumat log masuk akaun dagangan juga berfungsi pada platform dagangan yang sepadan dengan jenis akaun di mana anda akan melakukan dagangan. Sebarang deposit/pengeluaran atau lain-lain perubahan tetapan yang dilakukan di Ruang Keahlian XM akan berlaku pada platform dagangan anda yang sepadan.

Apakah itu Akaun Dagangan Multi-Aset?

Akaun dagangan multi-aset XM ialah akaun yang berfungsi sama seperti akaun bank anda cuma ia dibuat untuk tujuan dagangan mata wang, CFD untuk mata wang kripto, CFD indeks saham, CFD saham serta CFD untuk logam dan tenaga.

Akaun dagangan pelbagai aset di XM boleh dibuka dalam format Micro, Standard atau XM Ultra Low seperti yang anda boleh lihat dalam jadual di atas.

Sila ambil perhatian bahawa dagangan multi-aset hanya disediakan untuk akaun MT5 yang turut memberikan akses kepada WebTrader XM.

Secara keseluruhannya, akaun dagangan multi-aset anda memberikan

1. Akses kepada Ruang Keahlian XM

2. Akses kepada platform yang sepadan

3. Akses kepada WebTrader XM

Seperti di bank, apabila anda mendaftar akaun dagangan multi-aset di XM untuk kali pertama, anda perlu melalui proses KYC (Kenali Pelanggan Anda) yang membolehkan XM memastikan maklumat peribadi yang anda berikan adalah tepat dan memastikan keselamatan dana dan maklumat akaun anda. Sekiranya anda sudah memiliki Akaun XM yang lain, anda tidak perlu melalui proses KYC semula kerana sistem kami akan mengenalpasti butiran anda secara automatik.

Dengan membuka akaun dagangan, anda akan menerima emel secara automatik untuk maklumat log masuk yang akan memberikan anda akses kepada Ruang Keahlian XM.

Ruang Keahlian XM adalah tempat untuk menguruskan fungsi akaun anda termasuk deposit atau pengeluaran dana, menyemak dan menuntut promosi unik, melihat status kesetiaan, melihat posisi terbuka, menukar leverage, akses kepada khidmat sokongan serta akses kepada alat dagangan yang ditawarkan oleh XM.

Tawaran di dalam Ruang Keahlian pelanggan sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa dengan fungsi yang lebih baik dan memberikan pelanggan kami lebih fleksibiliti untuk melakukan sebarang perubahan atau tambahan pada akaun mereka pada bila-bila masa tanpa memerlukan bantuan dari pengurus akaun.

Maklumat log masuk akaun dagangan multi-aset anda juga berfungsi pada platform dagangan yang sepadan dengan jenis akaun di mana anda akan melakukan dagangan. Sebarang deposit/pengeluaran atau lain-lain perubahan tetapan yang dilakukan di Ruang Keahlian XM akan berlaku pada platform dagangan anda yang sepadan.

Siapa yang Patut Memilih MT4?

MT4 ialah platform dagangan yang wujud sebelum MT5. Di XM, platform MT4 menyediakan dagangan untuk mata wang, CFD untuk mata wang kripto, CFD indeks saham dan juga CFD untuk emas dan minyak tetapi ia tidak menawarkan dagangan untuk CFD saham. Pelanggan yang tidak mahu membuka akaun dagangan MT5 boleh terus menggunakan akaun MT4 dan mereka boleh membuka akaun tambahan MT5 pada bila-bila masa.

Akses ke platform MT4 tersedia untuk Micro, Standard atau XM Ultra Low seperti yang tertera dalam jadual di atas.

Siapa yang Patut Memilih MT5?

Pelanggan yang memilih platform MT5 mempunyai akses kepada banyak instrumen bermula dari mata wang, mata wang kripto, CFD indeks saham, CFD emas dan minyak serta CFD saham.

Maklumat log masuk MT5 anda juga memberikan akses kepada WebTrader XM sebagai tambahan kepada MT5 desktop (boleh muat turun) dan aplikasi yang disediakan.

Akses ke platform MT5 tersedia untuk Micro, Standard atau XM Ultra Low seperti yang tertera dalam jadual di atas.

Apakah Perbezaan Utama di Antara Akaun Dagangan MT4 dan MT5?

Perbezaan utama adalah MT4 tidak menawarkan dagangan untuk CFD saham.

Bolehkah Saya Memiliki Lebih dari Satu Akaun Dagangan?

Ya, boleh. Pelanggan XM boleh memiliki sehingga 10 akaun dagangan dan 1 Akaun Shares.

Bagaimana untuk Mengurus Akaun Dagangan Anda?

Deposit, pengeluaran atau lain-lain fungsi berkait dengan akaun dagangan boleh dilakukan di Ruang Keahlian XM.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini