Ringgit kembali lega berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali lega berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit melantun semula daripada penurunan lima hari berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup tinggi hari ini apabila faktor luaran yang kukuh telah meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.4215/4255 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4375/4405 pada Rabu.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit mengukuh hari ini apabila penggubal dasar China mengulangi sokongannya terhadap pasaran hartanah negara itu yang dilanda masalah, yang seterusnya memberikan sentimen baik kepada pasaran dan pertumbuhan serantau.

Di dalam negara, angka terbaharu inflasi dijangka diumumkan esok.

"Saya fikir inflasi keseluruhan akan berkurangan tetapi inflasi teras terus kekal berikutan kos industri perkhidmatan dan makanan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2798/2833 daripada paras penutup 3.2829/2856 pada Rabu dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3486/3521 daripada 3.3714/374.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3522/3571 daripada 5.3880/3917 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7085/7127 daripada 4.7113/7145.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini