Ringgit dibuka rendah, RM4.37 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah, RM4.37 berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS itu mengukuh didorong oleh data ekonomi AS yang kukuh.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.3780/3830 berbanding dolar AS daripada 4.3660/3715 pada Isnin.

Data daripada Institute for Supply Management (ISM) yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan aktiviti industri perkhidmatan meningkat tanpa dijangka pada November.

Ini berikutan pemulihan pekerjaan AS yang diumumkan pada Jumaat, membawa kepada spekulasi bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin menaikkan kadar faedah lebih daripada unjuran baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit dibuka rendah pagi ini dan boleh diniagakan sedikit defensif apabila saham AS merosot dan hasil bon melonjak selepas data perkhidmatan ISM yang kukuh menunjukkan aspek paling penting dalam ekonomi AS dan apabila inflasi hampir tidak berkurangan.

Beliau berkata, data ekonomi AS yang kukuh tanpa dijangka telah mewujudkan perubahan kecil dalam sentimen dolar AS yang lebih luas.

"Oleh itu, dengan China mengambil peluang untuk membuka ekonomi selepas tiga tahun sekatan pergerakan, optimisme untuk membuka semula akan mengekalkan ringgit daripada terus rendah.

"Walaupun kami menjangka pembukaan semula China akan menjadi sukar, bagaimanapun itu amat positif untuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.3425/3486 daripada 5.3632/3700 pada Isnin dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5991/6043 daripada 4.6087/6146 semalam.

Ia turut meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2281/2323 daripada 3.2379/2425 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.2038/2079 daripada 3.2291/2334 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini