Ringgit jatuh kepada RM4.39 berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit jatuh kepada RM4.39 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, dipengaruhi oleh penurunan harga minyak mentah dan data ekonomi AS yang kukuh, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan susut 270 mata peratusan kepada 4.3930/3990 berbanding dolar AS daripada 4.3660/3715 ketika ditutup pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata peningkatan aktiviti dalam industri perkhidmatan pada November mendorong hasil AS lebih tinggi, mencetuskan permintaan terhadap dolar AS.

Menurut laporan berita antarabangsa, Indeks Pengurus Pembelian (IPP) bukan pembuatan yang dikeluarkan Institut Pengurusan Bekalan AS (ISM) meningkat 2.1 pip kepada 56.5 pada November.

"Harga minyak mentah bergelut untuk melantun lebih tinggi walaupun China membuka semula perdagangannya.

"Memandangkan keadaan pasaran global semasa, saya menjangkakan pelabur tempatan melihat penurunan ringgit sebagai peluang belian selagi pembukaan semula China masih akan dilaksanakan," katanya kepada Bernama.

Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras susut 0.21 peratus kepada AS$82.51.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama pada penutupan.

Mata wang tempatan naik berbanding pound British kepada 5.3498/3571 daripada 5.3632/3700 ketika ditutup pada Isnin dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2363/2412 daripada 3.2379/2425.

Ringgit lebih kukuh berbanding berbanding yen Jepun kepada 3.2120/2166 daripada 3.2291/2334 dan lemah berbanding euro kepada 4.6096/6159 daripada 4.6087/6146.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini