Ringgit diniaga lebih baik berbanding dolar AS hari ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diniaga lebih baik berbanding dolar AS hari ini


KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syrikat (AS), dirangsang oleh peningkatan harga minyak dan penyusutan nilai dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada nilai 4.4195/4260 berbanding dolar AS daripada 4.4220/4265 pada penutupan Jumaat lalu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit lebih kukuh pagi ini kerana pasaran telah mengetepikan risiko yang besar terhadap bank pusat.

Beliau berkata, kedua-dua Bank Pusat Eropah (ECB) dan Rizab Persekutuan (Fed) AS lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah daripada jangkaan semasa mesyuarat masing-masing minggu lepas, dan ini telah menjejaskan pasaran saham global.

"Saya rasa pasaran masih mencerna impak keseluruhan itu. Namun di Asia, keyakinan terhadap pembukaan semula China walaupun lonjakan COVID-19 masih mendorong peniaga membeli ringgit ketika nilainya menyusut," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.3812/3891 daripada 5.3705/3760 pada penutup Jumaat dan rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2585/2638 daripada 3.2531/2569 minggu lalu.

Ringgit turut rendah berbanding nilai yen Jepun menjadi 3.2468/2520 daripada 3.2230/2265 pada Jumaat lepas tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.6838/6907 daripada 4.6926/6974 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini