Momentum kenaikan ringgit pudar seketika - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Momentum kenaikan ringgit pudar seketika


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berikutan keadaan yang tidak menentu menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang bermula esok, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.2410/2460 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2475 yang dicatatkan semasa Jumaat sebelum ini.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini tetapi momentum itu pudar berikutan ketidaktentuan sebelum FOMC mula hadir.

"Ia lebih banyak terkait dengan pasaran yang menetapkan harga dalam pemotongan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) pada separuh kedua 2023 dan masih terdapat peluang yang baik, yang mana, Fed akan mengekalkan kadar yang stabil sehingga 2023," katanya.

Pasaran juga memberi tumpuan kepada Indeks Pengurus Pembelian (PMI) China minggu ini bagi mencari tanda-tanda pengesahan mengenai prospek yang lebih baik.

Bagaimanapun, PMI mungkin kekal di wilayah penguncupan tetapi tidak pasti berapa banyak ia akan bertambah baik.

"Dan langkah seterusnya yang mungkin menyaksikan dolar AS/ringgit yang lebih rendah perlu didorong oleh pertumbuhan China yang lebih kukuh berdasarkan kepada momentum pembukaan semula sama ada ianya semakin matang atau pudar.

"Terdapat banyak semangat positif terhadap ringgit, jadi kami mungkin akan melihat sedikit pengurangan risiko dan bukan perkara yang tidak diingini, disebabkan momentum positif ini harus diteruskan sehingga separuh pertama 2023," katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2315/2358 daripada 3.2280/2332 yang direkodkan semasa Jumaat lepas, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2571/2633 daripada 5.2453/2533 sebelum ini dan melemah berbanding euro kepada 4.6257/6311 daripada 4.6159/6230.

Bagaimanapun, ringgit meningkat sedikit berbanding yen Jepun pada 3.2638/2679 daripada 3.2658/2711.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini