Ringgit teruskan momentum kenaikan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan momentum kenaikan


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas sesi dagangan yang rendah berikutan keyakinan terjejas oleh kenyataan yang menyokong kenaikan kadar faedah daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai prospek kadar faedah.

Pelabur turut berhati-hati menjelang data inflasi dari AS pada minggu ini.

Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.3715/3755 berbanding dolar AS daripada 4.3720/3765 pada Isnin.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan datang pada Khamis mendorong peniaga untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Walaupun angka dijangka menurun, kebimbangan kekal terhadap bacaan perkhidmatan teras, yang kekal tidak berubah berikutan laporan pekerjaan AS yang kukuh.

"Saya berpendapat apabila kita melepasi halangan ini, ringgit boleh meningkat lebih tinggi berikutan pembukaan semula China," katanya kepada Bernama.

China turut dijangka akan mengeluarkan data perdagangannya esok serta IHP dan indeks harga pengeluarnya pada Khamis, yang dijangka akan menambah ketidaktentuan kepada pasaran mata wang.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2856/2891 daripada 3.2793/2832 pada Isnin dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3160/3196 daripada 3.3009/3045 sebelum ini.

Mata wang tempatan susut berbanding pound kepada 5.3258/3307 daripada 5.3124/3179 semalam dan merosot berbanding euro kepada 4.6972/7015 daripada 4.6636/6684.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini