XM Beri Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Rohingya - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Beri Sumbangan Kepada Kanak-Kanak Rohingya


Kami sentiasa berpegang teguh pada prinsip dan misi utama XM, iaitu meningkatkan kualiti kehidupan orang ramai dan golongan yang kurang bernasib baik di seluruh dunia.

Baru-baru ini, XM dan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) telah bekerjasama untuk menyediakan peralatan sekolah kepada kanak-kanak pelarian Rohingya di tiga pusat pendidikan yang terletak di Selangor dan Johor. Pasukan luar negara kami, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Cik Stavri Morti, telah melawat salah satu pusat pendidikan organisasi berkenaan, iaitu Tahfiz Al-Amin, untuk mengagihkan bahan sumbangan dan meluangkan masa bersama kanak-kanak di pusat tersebut. Lihat video di sini.

Secara keseluruhannya, hampir 100 kanak-kanak telah menerima bola sepak, kasut, beg, permainan catur, projektor pintar, televisyen pintar dan pelbagai barangan lain. Tujuan bahan sumbangan itu diberikan adalah bagi menyediakan peluang pendidikan dan permainan yang sama seperti kanak-kanak lain di luar sana kepada mereka semua.

Kebanyakan daripada kita boleh memahami dan mendalami situasi pelarian, khususnya ketika kita sedang mengalami kesukaran kehidupan. Dengan akses pendidikan dan kesamarataan peluang, ramai kanak-kanak Rohingya di Malaysia, akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dewasa dan menemui tujuan hidup mereka kelak.

Kami percaya pada konsep bahawa anak-anak hari ini adalah sumber pemimpin masa hadapan. Kami juga komited untuk terus menyokong organisasi dan projek seperti MyCARE, yang boleh membantu memerangi kemiskinan, kelaparan dan isu kemanusiaan lain di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif dan misi MyCARE, atau salurkan sumbangan anda di sini.






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini