Kebanyakan (jika bukan semua) semua pedagang mahu bermaharajalela di pasaran. Alangkah baiknya jika tidak mempunyai walau satu kerugian, keputusan yang tidak bijak, atau perdagangan yang beremosi. Malangnya, adalah mustahil untuk meramalkan setiap pergerakan pasaran dan perdagangan tanpa membuat kesilapan. Dalam perdagangan mahu pun pelaburan, ada tempoh-tempoh di mana kerugian berlaku, waktu yang juga dipanggil sebagai drawdown. Artikel ini akan membimbing anda tentang definisi dan penjelasan tentang drawdown. Siap sedia untuk belajar, dan mari kita mulakan!
Apakah Itu Drawdown Dalam Perdagangan?
Apabila kita membincangkan tentang perdagangan Forex, drawdown merujuk kepada perbezaan antara paras tinggi bagi baki akaun perdagangan anda dan titik rendah seterusnya baki akaun anda. Perbezaan pada baki anda mencerminkan kehilangan modal akibat kerugian dalam perdagangan. Bagi proses pelaburan, drawdown ialah perbezaan di antara maksimum dan minimum portfolio anda.
Contohnya, anda memutuskan untuk melabur dalam saham dan matawang kripto. Jadi anda membeli Tesla, Moderna, Bitcoin dan Ethereum. Semua aset ini bersifat meruap. Selain dari itu, semua aset ini terkesan dengan kebimbangan berita dan geopolitik. Katakan anda melaburkan $10,000. Setiap aset meliputi 25% dari portfolio anda. Pada suatu ketika, anda mempunyai sebanyak $14,000. Dan pada masa yang lain, anda mendapati anda hanya mempunyai $9000. Jadi drawdown anda ialah $5000 ($14K - $9K). Tetapi kita akan bincangkan tentang pengiraan kemudian.
Terima kasih kepada drawdown, anda boleh mendapatkan tahap kepelbagaian (diversification) dan selera risiko anda. Ia adalah komponen yang penting dalam analisis strategi perdagangan. Jika drawdown terlalu besar dan anda tidak menyukainya, mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan untuk memperbaiki strategi anda atau mengubahnya.
Jenis-jenis Drawdown
Anda harus maklum tentang perbezaan di antara drawdown perdagangan dan drawdown pelaburan. Perdagangan ialah mengenai pengurusan urusniaga anda secara aktif, dan pelaburan ialah tentang mengekalkan pegangan untuk tempoh yang lama. Walau bagaimanapun, drawdown perdagangan biasanya jauh lebih besar daripada drawdown pelaburan. Sudah tentu, semuanya bergantung pada strategi perdagangan anda, selera risiko dan kepelbagaian. Oleh kerana kita telah mengetahui dua jenis drawdown yang utama, mari kita bercakap tentang drawdown dalam konteks saham.
Kemeruapan total saham diukur menggunakan sisihan piawainya (berapa jauh harga saham boleh berselisih dengan harga puratanya). Ramai pelabur, terutamanya pesara yang bergantung kepada dana yang dikeluarkan dari akaun pencen dan persaraan, kebanyakannya bimbang tentang drawdown. Kemeruapan boleh merosakkan proses ini, atau meranapkan pelan persaraan mereka dengan kemerosotan teruk yang tidak dijangka dan pemulihan yang panjang. Itulah sebabnya mengapa ada pedoman yang diformulakan untuk pelabur jangka panjang. Untuk mengurus portfolio anda dengan lebih bijak dan menghapuskan risiko yang tidak perlu, orang ramai membahagi-bahagikan pelaburan mereka. Ambil 100 dan tolak umur anda daripadanya. Jumlah yang tinggal ialah peratusan aset berisiko tinggi yang sepatutnya anda miliki berbanding dengan aset berisiko rendah. Contohnya, jika anda berumur 30 tahun, anda sepatutnya mempunyai 70% (100-30) aset berisiko dan 30% (100-70) aset perlindungan di dalam portfolio anda. Dengan cara ini, apabila anda semakin tua, anda akan kurang terdedah kepada kemeruapan kerana menjelang usia 60 tahun, anda akan mempunyai hanya 40% aset berisiko (100-60).
Drawdown Perdagangan vs. Drawdown Perbankan
Istilah "drawdown" muncul dalam kedua-dua dunia, perbankan dan perdagangan, tetapi setiap konteks mempunyai makna drawdown yang sangat berbeza. Dalam konteks perbankan, drawdown biasanya merujuk kepada pengaksesan secara beransur-ansur terhadap sebahagian atau semua talian kredit. Pengaturan dengan bank boleh berbentuk peribadi atau perniagaan. Mungkin itu kedengaran rumit, jadi mari kita ringkaskan.
Contoh drawdown untuk peminjam individu ialah pemilik kereta yang ingin menambah baik keretanya. Tetapi adalah tidak efisien untuk meminjam semua wang sekaligus dan memasukkan kesemuanya ke dalam proses pembaikan atau penambahbaikan. Jadi sebaliknya, peminjam membuka talian kredit dengan bank dan hanya mengambil apa yang dia mahu. Oleh itu, dia membayar faedah di atas dana yang dipinjam, bukan di atas keseluruhan jumlah. Proses pengeluaran wang dari bank dipanggil drawdown dalam perbankan.
Bagaimana Cara Mengira Drawdown Dalam Perdagangan
Seperti yang kami nyatakan di atas, untuk mengira drawdown dalam perdagangan, anda perlu menolak paras terendah portfolio anda daripada paras tertinggi. Katakanlah bagi kes anda, amaun permulaan adalah $100, $70 bagi nilai terendah dan $120 bagi nilai tertinggi. Sekarang, drawdown dikira dari puncak tertinggi yang dicapai oleh akaun anda ($120) dan bukan daripada modal awal anda ($100). Jadi, dalam kes ini, drawdown yang dial