Ringgit jatuh kepada RM4.25 sedolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit jatuh kepada RM4.25 sedolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur menumpukan perhatian kepada data senarai gaji bukan ladang AS lewat hari ini.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.2565/2610 berbanding dolar AS daripada 4.2445/2490 yang ketika ditutup pada Khamis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata angka senarai gaji bukan ladang yang lebih kukuh akan menyokong dolar AS dan sekiranya sebaliknya ia akan menyebabkan kebimbangan kemelesetan di seluruh dunia dan menjejaskan aset berisiko seperti ringgit.

"Data itu harus jatuh ke dalam zon pertengahan yang tidak terlalu buruk dan tidak terlalu baik untuk dibuka dengan baik pada Isnin," katanya.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2475/2514 daripada 3.2498/2534 ketika ditutup pada Khamis bagaimanapun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.3106/3147 daripada 3.2924/2961.

Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2125/2180 daripada 5.2381/2437 dan melonjak berbanding euro kepada 4.6519/6568 daripada 4.6685/6735.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini