Bagaimana Cara Meraih Keuntungan Dengan Perdagangan Minyak Mentah? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana Cara Meraih Keuntungan Dengan Perdagangan Minyak Mentah?


Ada ribuan, jika bukan jutaan, aset di dunia. Yang paling terkenal adalah euro, dolar, emas, bitcoin, dan lain-lain. Tetapi di antara mereka, satu aset yang sangat popular dan kontroversi telah memulakan beberapa peperangan, meruntuhkan pasaran, dan menjadi sangat sinonim dengan perkataan "komoditi."

Apakah itu perdagangan komoditi?

Kami mentakrifkan komoditi sebagai barang asas yang digunakan dalam perdagangan yang boleh ditukar ganti dengan barangan lain daripada jenis yang sama. Kita menggunakan komoditi sebagai input dalam pengeluaran barangan atau perkhidmatan lain. Kualiti komoditi tertentu mungkin sedikit berbeza-beza, tetapi ia secara asasnya seragam di antara semua para pengeluar. Apabila didagangkan di bursa, komoditi juga mesti memenuhi piawaian minimum yang ditentukan, yang dikenali sebagai gred asas.

Komoditi seperti minyak dan bijirin boleh memiliki kualiti yang berbeza secara drastik. Sebagai contoh, gred asas untuk kontrak niaga hadapan mentah ditentukan berdasarkan tahap kandungan hidrogen dan sulfur yang spesifik dalam minyak berkenaan.


Di pasaran forex, anda dagangkan kontrak komoditi, jadi anda tidak perlu menyusahkan diri anda dengan tarikh luput yang berbeza untuk niaga hadapan yang berbeza. Namun begitu, terdapat beberapa perkara penting mengenai perdagangan minyak mentah yang perlu anda ketahui terlebih dahulu.


Ketahui dan fahami apa yang menggerakkan pasaran minyak mentah

Minyak salah satu aset yang paling popular di dunia, jadi ada banyak faktor yang mempengaruhi harganya. Sama seperti mana-mana aset lain, harga minyak mentah dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan. Kebanyakan minyak mentah dikeluarkan di AS, Arab Saidu, Rusia, Kanada, dan China. Secara keseluruhan, lima negara ini mengawal lebih daripada 50% of pengekstrakan minyak mentah global. Keadaan cuaca, perubahan permintaan, kebimbangan ekologi dan geopolitik semuanya memberikan kesan kepada harga minyak.

Di carta, anda boleh melihat perubahan pengeluaran minyak mentah di AS sejak 1985. Apabila pandemik mula menjejaskan ekonomi, pengeluaran jatuh mendadak. Harga memberikan reaksi yang sepadan. Pada 20 April 2020, kontrak minyak mentah WTI bulan hadapan Mei 2020 turun 306%, atau $55.90, untuk sesi itu, ditutup pada negatif $37.63 setong di New York Mercantile Exchange. Ini menyebabkan pedagang kerugian berbilion-bilion dan mencetuskan panik di kalangan orang ramai, kerana tiada siapa yang dapat membayangkan bahawa harga komoditi itu mungkin jatuh sebanyak itu. Ia adalah yang pertama dan, buat masa ini, satu-satunya kes sepertinya di dalam sejarah.



Tidak seperti kebanyakan produk, harga minyak tidak ditentukan sepenuhnya oleh bekalan, permintaan dan sentimen pasaran terhadap produk fizikal. Sebaliknya, penawaran, permintaan dan sentimen terhadap kontrak niaga hadapan minyak, yang banyak didagangkan oleh spekulator, memainkan peranan yang dominan dalam penentuan harga. Kontrak niaga hadapan sering digunakan sebagai lindung nilai terhadap turun naik harga. Minyak aset yang meruap, dan inilah sebabnya mengapa niaga hadapan menjadi begitu popular.

Terdapat juga swing permintaan yang bermusim untuk minyak mentah, yang ditunjukkan dengan jelas oleh "musim memandu musim panas" ("summer driving season") yang terkenal. Anda boleh melihat aksi harga yang bermusim ini dan kesan musim memandu musim panas pada carta di bawah.


Carta kemusim di atas menunjukkan aksi harga sepanjang tempoh 20 tahun. Seperti yang anda boleh lihat, lebih mudah untuk meraih keuntungan daripada perdagangan minyak mentah dengan membelinya sebelum musim panas.

Memahami orang ramai

Pedagang minyak tidak bertindak secara rawak. Ada yang membeli minyak kerana permintaan bermusim, manakala yang lain menjualnya kerana taufan yang menutup operasi telaga minyak. Peristiwa-peristiwa fundamental mempunyai tempoh dan kesan yang berbeza. Profesional menggunakan niaga hadapan minyak sebagai lindung nilai terhadap kemeruapan di pasaran. Pedagang runcit, sebaliknya, suka perubahan besar dalam harga. Minyak boleh bertindak dengan cara yang tidak dapat anda lupakan, dan kejatuhan bulan April 2020 membuktikannya. Satu strain Covid-19 yang baru telah ditemui di Afrika Selatan pada November 2021. Harga emas hitam telah jatuh lebih daripada 13% pada hari itu — natijah yang tidak dapat ditandingi jika dibandingkan dengan komoditi lain, terutamanya emas.

Bagaimana cara untuk memilih antara minyak mentah WTI dan Brent

Lantaran dari kemajuan dalam penggerudian dan fracking minyak, terdapat trend di mana West Texas Intermediate (WTI) menjadi lebih murah daripada minyak Mentah Brent. Sebelum ini, Minyak Mentah Brent kebiasaannya lebih murah daripada West Texas Crude. Walau bagaimanapun, revolusi industri syal Amerika dan peningkatan pengeluaran menyebabkan harga minyak jatuh dari atas $100 kepada bawah $50 dari 2014 hingga 2015.

Faktor lain yang boleh membawa kepada perbezaan ketara antara Minyak Mentah Brent dan West Texas Intermediate ialah masalah geopolitik. Semasa krisis, perbezaan ini menjadi lebih ketara apabila ketidaktentuan politik membawa kepada lonjakan harga Minyak Mentah Brent. West Texas Intermediate kurang terjejas kerana ia dihasilkan di kawasan daratan di Amerika Syarikat. Akibatnya, harga kedua-dua jenis minyak sejajar pada kebanyakan masa.


Perbezaan harga boleh mencerminkan kemudahan penapisan, geografi tempat minyak dihasilkan, kos pengangkutan ke tempat kontrak dipenuhi, dan keadaan politik dan ekonomi di kawasan tempat minyak itu dijual. Tetapi perbezaan harga yang semakin meningkat pada tahun 2011 sering dikaitkan dengan kesesakan dalam proses pengangkutan produk ke Cushing, Oklahoma, di mana kontrak niaga hadapan minyak WTI diselesaikan. Jurang itu mula mengecil pada 2014 apabila kesesakan ini berkurangan, tetapi ia melebar lagi pada 2017.

Minyak bersifat meruap, dan untuk mendapatkan yang terbaik daripada turun naik pasaran, anda perlu sentiasa cakna dengan berita fundamental dan analisis teknikal. Untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan relevan yang akan membantu anda meraih keuntungan dalam perdagangan minyak, lawati seksyen tenaga di laman FBS. Anda boleh dagangkan minyak dengan FBS melalui MetaTrader 4 dan 5, dan aplikasi FBS Trader. Minyak Brent didagangkan sebagai XBR/USD, dan minyak mentah ialah XTI/USD.

Dengan MT4, anda boleh automasikan perdagangan anda menggunakan expert advisor (EA) dan robot perdagangan. Komoditi yang tersedia menerusi MT4 adalah XTIUSD (US Crude) dan XBRUSD (UK Brent). Selain itu anda boleh dagangkan XNGUSD (US natural gas). Baca lebih lanjut tentang kelebihan-kelebihan MT4 dalam artikel kami.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini