Dagangan Indeks Ekuiti XM
Dapatkan pendedahan kepada Indeks Ekuiti GLobal dan pelbagaikan portfolio anda.
Daftar sekarang dan mula berdagang: Buka akaun dagangan nyata
Tentang Dagangan Indeks Ekuiti
Indeks ekuiti atau lebih dikenali sebagai indeks saham merupakan indeks
pasaran saham sebenar yang mengukur nilai bahagian tertentu dalam pasaran
saham. Ia dikira berdasarkan pemberat purata harga saham terpilih yang
tergolong dalam kategori yang diwakili olehnya. Indeks saham boleh mewakili
pasaran saham yang spesifik seperti NASDAQ atau ia juga boleh mewakili satu
set tertentu syarikat-syarikat gergasi sesebuah negara seperti S&P 500
Amerika Syarikat, FTSE 100 Britain, atau Nikkei 225 Jepun.
Tujuan indeks adalah untuk menunjukkan arah umum pasaran saham tersebut atau
keadaan ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, memandangkan indeks
saham terdiri daripada kelompok syarikat, ianya boleh dipengaruhi oleh
pergerakan yang besar dari sesebuah syarikat atau pergerakan yang besar
dalam sesebuah sektor dagangan.
Nilai pemberat yang diberi pada kelompok saham untuk indeks saham berbeza di
antara indeks-indeks yang ada, dan ini bermaksud tidak kesemua indeks
menggunakan kriteria yang sama untuk mendapatkan hasil akhir. Dua cara utama
mengira nilai pemberat sesebuah saham di dalam indeks ialah pemberat harga
dan pemberat permodalan.
Anda boleh melihat kategori beberapa indeks popular seperti di bawah:
1. Dow Jones (US30) dan Nikkei 225 (Japan225) ialah indeks pemberat harga.
2. FTSE 100 (UK 100), ASX200 (Australia 200), Hang Seng Index (Hong Kong
50), DAX (Germany 30), CAC 40 (France 40) dan IBEX35 (Spain 35) adalah
beberapa indeks saham utama yang dikira berdasarkan pemberat pemodalan.
Indeks Ekuiti - Siapakah Mereka?
S&P 500 (US500): Indeks pasaran saham S&P500 (US500) telah
diperkenalkan oleh syarikat perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat Standard
& Poor’s Financial Services LLC pada tahun 1957. Ia merupakan petunjuk
utama ekuiti AS dan salah satu penanda aras yang kerap digunakan untuk
pasaran saham AS secara keseluruhannya dan ia meliputi 75% pasaran ekuiti
Amerika Syarikat dalam permodalan.
ASX200 (Australia200): Indeks ASX 200 (AUS200) ialah indeks pasaran saham
berdasarkan pemberat permodalan pasaran yang tersenarai di Bursa Sekuriti
Australia yang tergolong dalam 15 bursa utama dunia dengan purata pendapatan
harian sebanyak $4.685 billion. Indeks ini terdiri daripada saham-saham yang
tersenarai secara ekslusif di Bursa Saham Australia.
Nikkei 225 (JP225): Indeks Nikkei 225 (JP225) atau lebih dikenali sebagai
Nikkei adalah indeks saham Bursa Saham Tokyo, bursa saham ketiga terbesar
dunia dengan permodalan pasaran sebanyak US$4.09 trillion.
HSI (HK50): Indeks Hang Seng HSI (HK50) ialah indeks pasaran saham
berdasarkan pemberat permodalan yang telah digunakan sejak tahun 1969 untuk
merekodkan pertukaran harian 50 syarikat terbesar di bursa saham kedua
terbesar Asia (dan keenam terbesar di dunia), Pasaran Saham Hong Kong
(HKEx).
FTSE 100 (UK100): Indeks saham FTSE 100 (UK100) bermaksud Indeks 100 Bursa
Saham Financial Times yang mewakili 100 syarikat permodalan terbesar yang
tersenarai di Bursa Saham London.
NASDAQ 100 (US100): Indeks utama NASDAQ ialah NASDAQ Komposit dengan subset
NASDAQ 100 (US100) yang terdiri daripada 107 ekuiti sekuriti yang
dikeluarkan oleh 107 syarikat bukan kewangan terbesar yang tersenarai di
Bursa Saham NASDAQ.
DJIA (US30): DJIA (US30), indeks pasaran saham kedua tertua di Amerika
Syarikat selepas Indeks Pengangkutan Dow Jones. menunjukkan prestasi 30
syarikat utama Amerika ketika sesi dagangan biasa pasaran saham. Ia dikira
menggunakan Pembahagi DJIA dengan membahagikan jumlah harga keseluruhan 30
saham yang diwakili olehnya.
DAX (GER40): DAX (GER40) yang bermaksud Deutscher Aktienindex merupakan
indeks pasaran saham Jerman yang mewakili 40 syarikat utama yang berdagang
di Bursa Saham Frankfurt. Ia dianggap sebagai indeks blue chip dari segi
kualiti dan keuntungan.
CAC 40 (FRA40): Indeks pasaran saham utama Perancis CAC 40 (FRA40) bermaksud
Cotation Assistée en Continu dan ia mewakili 40 nilai tertinggi dari 100
syarikat permodalan terbesar yang didagangkan di pasaran sekuriti Perancis
Euronext Paris, bursa kedua terbesar di Eropah.
Apa itu Indeks Ekuiti (Indeks Saham)?
Indeks ekuiti atau indeks saham secara mudahnya adalah indeks yang
mewakili harga keseluruhan kelompok saham yang ada.
Indeks ekuiti utama (indeks saham dunia) termasuk dan tidak terhad
sebagaimana berikut:
1. S&P 500
2. Dow Jones
3. Nasdaq
4. FTSE100
5. Nikkei225
6. DAX
7. CAC40
8. Euro Stoxx 50
9. ASX200
Indeks saham dalam kebanyakan kes mewakili gambaran keseluruhan pasaran
saham dalam kelompok tertentu. Kebiasaannya kelompok saham dalam indeks
saham merupakan syarikat-syarikat yang paling berpengaruh (memiliki modal
kukuh).
Bagaimanakah Dagangan Indeks Ekuiti Berfungsi?
Dalam dagangan harian, harga saham setiap syarikat akan naik dan turun.
Memandangkan indeks saham adalah gabungan kelompok saham, harga semasa
akan bergerak naik dan turun berdasarkan dinamik keseluruhan (formula
matematik dan statistik) di mana setiap harga saham-saham menyumbang
kepada harga akhir.
Berikut adalah perkara penting yang perlu difahami apabila berdagang
indeks ekuiti:
1. Semua saham di dalam indeks ekuiti spesifik (s.c. Dow Jones) bergantung
kepada proses pemilihan dan boleh digantikan dengan syarikat lain
sekiranya prestasi dagangan keseluruhan syarikat tidak setanding dengan
syarikat lain. Dalam erti kata lain, kedudukan syarikat di dalam kelompok
tidak dijamin sentiasa kekal.
2. Penentuan pengaruh sesuatu saham kepada indeks saham keseluruhan
ditentukan melalui peraturan dan pengiraan. Bukan semua saham di dalam
kelompok tersebut dianggap sama rata. Secara mudahnya, harga keseluruhan
indeks saham bukan sekadar penjumlahan harga-harga saham yang dibahagikan
dengan bilangan saham yang ada.
3. Indeks saham menunjukkan konsensus umum dan boleh dianggap sebagai
penanda aras untuk prestasi keseluruhan pasaran saham dengan angka yang
direkodkan.
4. Lanjutan daripada poin no 2, memandangkan semua saham di dalam kelompok
tidak dibahagikan sama rata, keutamaan diberikan pada indeks dari syarikat
yang memiliki modal yang lebih kukuh. Ini bermakna sekiranya saham sebuah
syarikat gergasi merudum atas apa-apa sebab, indeks keseluruhan akan turut
terjejas walaupun saham-saham lain di dalam kelompok tersebut tidak jatuh.
5. Lanjutan daripada poin no 1, saham-saham yang berada dalam kelompok
yang disebut sebagai indeks sentiasa berubah. Berdasarkan rekod sebelum
ini, indeks tidak semestinya mewakili kelompok saham yang sama.