Ringgit berpotensi meningkat kepada RM4.11 menjelang akhir tahun - Penganalisis - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berpotensi meningkat kepada RM4.11 menjelang akhir tahun - Penganalisis


KUALA LUMPUR: Kenanga Research mengunjurkan ringgit diniagakan pada paras 4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini daripada paras lebih 4.40 pada masa ini.

Ringgit juga dijangka meraih sokongan dan mengukuh dalam lingkungan 4.35 menjelang akhir suku kedua 2023 jika pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) membayangkan tidak lagi menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat akan datang pada Jun ini.

"Prospek ringgit berkemungkinan terus mengukuh susulan unjuran pertumbuhan ekonomi domestik yang mantap dan kembalinya sentimen mengambil risiko yang dijangkakan pada suku keempat apabila Fed menurunkan kadar faedah," kata cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd itu dalam Tinjauan Ekonomi, hari ini.

Kenanga Research berkata purata bulanan gandingan ringgit-dolar AS adalah pada 4.424.

Prestasi unit tempatan itu disokong terutamanya oleh kelemahan Indeks Dolar AS akibat penyusutan pasaran tenaga kerja AS serta angka keluaran dalam negara kasar suku pertama China yang lebih kukuh daripada jangkaan awal. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini