Gustavo de la Pena seorang yang serba boleh, jadi tidak hairanlah jika dia mengambil keputusan untuk berdagang sebagai salah satu daripada puluhan minatnya. Dalam temubual ini, En Gustavo akan menceritakan kepada kita laluan yang beliau tempuh untuk menjadi seorang pedagang berjaya dan segala onak duri perdagangan yang telah dilaluinya serta ganjaran yang menanti.
Gustavo de la Pena, seorang pedagang FBS dari Caracas:
“Nama saya ialah Gustavo de la Pena, Saya dari Caracas, Venezuela. Saya berusia 57 tahun. Saya seorang jurutera fizik dan juga pereka dalaman; Saya mempunyai empat ijazah universiti dan bertutur dalam empat bahasa: Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Itali. Sekarang saya menyara kehidupan saya dengan hasil daripada perdagangan saya dan saya tidak mempunyai keluarga yang besar.
“Saya mahu menyara hidup saya dengan berdagang selepas saya menutup syarikat saya di Caracas. Saya mula belajar cara berdagang sejak dua setengah tahun yang lalu dengan menonton video YouTube dari saluran FBS Sepanyol dan sumber-sumber lain. Saya telah membaca dan belajar kesemua bahagian pendidikan dan bahan yang FBS tawarkan, menonton video pelajaran dalam bahasa Sepanyol, dan pada saya ia sangat membantu. Saya sentiasa memerhati, memantau dan berlatih 24 jam sehari. Saya sangat suka berdagang.
“Pendapatan pertama saya berjumlah $1,700. Saya menghabiskan masa selama 15 hari di pantai, meraikan kenyataan yang saya mampu meraih keuntungan dan berjaya mendapat manfaat daripada perdagangan saya. Pada mulanya saya sangat berhati-hati. Saya bermula dengan $30, langkah demi langkah, sedikit demi sedikit...dan akhirnya saya berjaya mendapatkan sehingga lebih $90,000 dalam masa kurang daripada enam bulan.
“Saya telah berdagang bersama FBS selama lebih setahun dan telah melaburkan banyak wang dengan FBS. FBS pilihan terbaik yang pernah saya buat sejak saya mula berdagang. Saya sukakan servis dalam taliannya, kandungan saluran Telegram Bahasa Sepanyol, chat Telegram, dan semua maklumat di esfbs.com, FX street, dan juga komunikasi dengan Tibisay Ramos. Dan semua ini telah membantu saya meraih keuntungan yang baik setakat ini... Ini sangat hebat.
“Setiap hari memberikan saya pengalaman baharu, pelajaran baharu. Saya berdagang secara scalping, intrahari, dan kadang-kadang swing. Saya gemar berdagang dengan XAUUSD, GBPUSD, US30, dan EURUSD. Saya tak berapa sukakan kripto. Saya berdagang sepanjang hari dan kadang-kadang saya menggunakan Expert Advisor. Saya sentiasa mempunyai pelan perdagangan, tetapi saya akan menunggu berita dan informasi dari FBS serta sokongan daripada Tibisay di saluran Telegram. Saya biasa berdagang menggunakan telefon bimbit kerana saya boleh menutup dan membuka perdagangan di mana-mana. Saya juga mempunyai beberapa monitor di rumah saya, yang dipasang selama 24 jam sehari dan disambungkan ke internet. Berkenaan pendapatan semasa saya, agak sukar untuk saya beritahu di sini kerana saya telah keluarkan semua wang tersebut untuk membayar baki hutang selepas ibu saya meninggal dunia dua tahun yang lalu.
“Hari-hari biasa perdagangan saya kadangkala bagus, kadangkala tidak berapa bagus. Saya ada membuat kesilapan dan pernah tersilap banyak kali! Tetapi membuat kesilapan adalah suatu perkara yang normal; lebih-lebih lagi kita hanyalah manusia biasa. Namun, saya menyesal kerana tidak menggunakan pesanan renti rugi semasa baru mula berdagang dahulu.
“Saya pernah mempunyai mentor, guru dan rakan dari Hong Kong, tetapi dia meninggal dunia 10 bulan lalu. Buat masa ini, saya tidak mempunyai suri teladan. Walaupun begitu, saya telah memfokuskan untuk mempertingkatkan diri saya dari segi emosi, mental dan juga pengetahuan teknikal bagi menjadi pedagang pakar versi terbaik seperti yang saya impikan. Saya juga sedang berusaha untuk memperbaiki sikap terburu-buru saya dalam perdagangan. Saya perlu berdepan dengan banyak cabaran emosi untuk menjadi pedagang yang profesional.”
“Bercakap tentang matlamat saya pada masa ini, saya mahu membeli kereta sport, skuter baharu untuk membantu ramai orang yang rapat dengan saya, dan saya juga mahu membeli sebuah lagi rumah di pantai Peblo Viejo. Saya bersedia untuk bekerja keras bagi mempertingkatkan kemahiran berdagang saya dan mencapai matlamat ini.”