Bank China jual dolar AS dalam usaha kukuhkan yuan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bank China jual dolar AS dalam usaha kukuhkan yuan


SHANGHAI/BEIJING: Bank-bank utama milik kerajaan China dilaporkan menjual dolar Amerika Syarikat (AS) untuk membeli yuan di kedua-dua pasaran tempatan dan luar pesisir dalam dagangan awal hari ini, menurut tiga individu yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu.

Langkah itu dilihat bertujuan menyokong mata wang China.

Bank kerajaan China kebiasaannya berdagang bagi pihak bank pusat dalam pasaran pertukaran asing negara itu, tetapi mereka juga boleh berdagang bagi pihak mereka sendiri.

Penjualan dolar AS berlaku selepas pemimpin tertinggi China semalam berikar untuk meningkatkan sokongan dasar terhadap ekonomi di tengah-tengah pemulihan pasca COVID-19 yang mencabar, menumpukan kepada meningkatkan permintaan domestik dan memberi isyarat lebih banyak langkah rangsangan.

Pembuat dasar juga berkata, China akan mengekalkan kadar pertukaran yuan yang asasnya stabil pada paras munasabah dan seimbang, selain berikrar untuk menggiatkan pasaran modal dan memulihkan keyakinan pelabur.

"Adalah menarik bahawa Politburo menyebut kestabilan tukaran asing (FX) dalam kenyataan itu, buat pertama kali dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata penganalisis di HSBC dalam satu nota.

"Ini bermakna, tekanan susut nilai yuan yang lancar mungkin menjadi keutamaan dasar mulai sekarang. Ini sejajar dengan dasar pertukaran asing Bank Rakyat China (PBOC) yang semakin ketat baru-baru ini."

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini