Ringgit merosot hari ketiga berturut-turut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit merosot hari ketiga berturut-turut


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari ketiga berturut-turut pada Khamis, seiring prestasi mata wang negara sedang pesat membangun lain ketika dolar AS terus mengukuh berikutan trajektori pemulihan selain didorong oleh kenaikan hasil bon negara itu, kata penganalisis.

Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.5535/5570 berbanding dolar AS daripada 4.5400/5450, semalam.

Seorang peniaga berkata, kebanyakan mata wang Asia meneruskan penurunan masing-masing berbanding dolar AS hari ini apabila data penggajian swasta terkini Washington terbukti mengatasi jangkaan dengan mencatat peningkatan pada Julai, sekali gus membuktikan daya tahan pasaran tenaga kerja yang berterusan.

Perkembangan itu juga dijangka akan memastikan kenaikan kadar faedah AS bagi tempoh lebih lama dan membantu meningkatkan pulangan bon negara maju itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu bagaimanapun susut berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1876 daripada 3.1824/1861 semalam namun mengukuh berbanding euro kepada 4.9774/9813 daripada 4.9831/9886 serta naik berbanding pound Britain kepada 5.7679/7724 daripada 5.7994/8085.

Ringgit turut mencatat prestasi sama dari segi perbandingan dengan mata wang negara-negara ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3923/3952 daripada 3.3944/3984 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.22/8.24.

Namun, ringgit susut berbanding rupiah Indonesia kepada 299.7/300.2 daripada 299.1/299.6 dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.1403/1565 daripada 13.2504/2716, sebelum ini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini