'Kitaran kenaikan kadar faedah mungkin berakhir' - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

'Kitaran kenaikan kadar faedah mungkin berakhir'


WASHINGTON: Inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) pada Oktober, yang lebih rendah daripada jangkaan, memberikan berita baik kepada penggubal dasar negara itu yang ingin mengawal isu kenaikan harga tanpa menjejaskan ekonomi.

Pengukur inflasi, Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat hanya sebanyak 3.2 peratus dalam tempoh 12 bulan hingga Oktober, lebih rendah daripada 3.7 peratus pada bulan pada September, kata Jabatan Buruh AS.

Inflasi tidak berubah dari bulan ke bulan dari September, dengan penurunan mendadak bulanan dicatatkan dalam harga tenaga.

Kedua-dua angka tahunan dan bulanan itu berada di bawah jangkaan median ahli ekonomi yang ditinjau oleh MarketWatch.

"Hari ini kami melihat lebih banyak kemajuan menurunkan inflasi sambil mengekalkan kedudukan pasaran pekerjaan sebagai antara yang terkukuh dalam sejarah," kata Presiden Joe Biden dalam satu kenyataan.

"Saya sedang berusaha untuk mendapatkan keputusan untuk rakyat Amerika dan ia berlaku.

"Pasaran saham AS meningkat secara mendadak berikutan berita inflasi yang mereda, justeru mengurangkan kemungkinan kenaikan kadar faedah lain pada bulan hadapan.

"Saya rasa ia sangat menggalakkan," kata Pakar Ekonomi Nationwide, Kathy Bostjancic kepada AFP.

"Bacaan ini membantu mengurangkan beberapa tekanan ke atas penggubal dasar untuk menaikkan kadar lagi.

"Walaupun penurunan inflasi adalah berita baik untuk pengguna, kadar inflasi semasa seperti yang diukur oleh julat pengukur kekal teguh di atas sasaran jangka panjang Fed sebanyak dua peratus.

Federal Reserve baru-baru ini mengekalkan kadar pinjaman utamanya pada paras tertinggi 22 tahun untuk mesyuarat kedua berturut-turut, menyebabkan beberapa penganalisis dan peniaga meramalkan ia telah dilakukan mengetatkan dasar monetari.

Tetapi sejak itu, beberapa penggubal dasar, termasuk Pengerusi Fed Jerome Powell, telah memberi petanda bahawa mereka bersedia untuk menaikkan kadar semula, jika perlu, untuk menurunkan kenaikan harga secara tegas ke paras disasarkan.

Beberapa pegawai, termasuk Presiden Fed Chicago, Austan Goolsbee, telah menyatakan pandangan berbeza, menunjukkan Amerika Syarikat mungkin berada di landasan untuk menurunkan inflasi sambil mengelakkan kemelesetan yang ketara atau dikenali sebagai 'soft landing'.

"Pada hari Selasa, Goolsbee memberitahu persidangan di Detroit bahawa AS mungkin berada di landasan untuk "mengatasi" rekodnya pada 1982, apabila penggubal dasar berjaya memperlahankan inflasi IHP lebih daripada empat peratus.

Tetapi tidak seperti pada 1982, apabila tindakan Fed menyebabkan lonjakan pengangguran, penggubal dasar pada 2023 mungkin boleh berbuat demikian sambil mengekalkan kadar pengangguran di bawah empat peratus, katanya.

"Itulah yang saya panggil 'laluan keemasan'," tambahnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini