Bitcoin atasi AS$40,000 kali pertama sejak Mei 2022 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bitcoin atasi AS$40,000 kali pertama sejak Mei 2022


LONDON/SINGAPURA: Bitcoin berjaya melepasi paras AS$40,000 buat kali pertama sejak Mei 2022, selepas melalui gelombang momentum berikutan jangkaan yang meluas membabitkan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), ketika peniaga menjangkakan kelulusan segera dana dagangan pasaran saham Bitcoin AS.

Mata wang kripto terbesar dunia itu didagangkan mencecah kemuncak AS$41,748 pada Isnin, paras tertingginya sejak April 2022, bangkit dari kejatuhan FTX dan kegagalan perniagaan kripto lain tahun lalu.

Ia meningkat empat peratus kepada AS$41,627. Kenaikan 50 peratus sejak pertengahan Oktober dilihat menandakan peralihan daripada penurunan harga pada 2022 dan awal 2023," kata Ketua Pembangunan Perniagaan Asia-Pacific, Justin d'Anethan.

Minggu lalu, pelabur Bitcoin, Microstrategy mendedahkan membuat pembelian Bitcoin tambahan berjumlah AS$593 juta (RM2.77 bilion) pada November.

Sementara itu, pelaburan yang lebih berisiko dan aset sensitif kadar faedah lain seperti emas, juga meningkat kukuh sejak beberapa minggu lalu, susulan pasaran menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menamatkan kadar kenaikan dan akan mula memotong awal 2024.

Laporan pada Oktober menunjukkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang mendapati agensi itu telah salah menolak permohonan dana dagangan bursa yang mana mendorong jangkaan bahawa kelulusannya semakin hampir diperoleh.

Spot ETF Bitcoin membenarkan pelabur mengakses kripto menerusi pasaran saham, sekali gus membawa gelombang pasaran modal baharu ke dalam sektor itu.

Pelabur juga mengalu-alukan penyelesaian siasatan jenayah AS selama bertahun-tahun ke atas Binance, bursa kripto terbesar di dunia dan penggerak utama dalam pasaran kripto seluruh dunia.

Perjanjian itu, yang menyaksikan Pengasas Binance, Changpeng Zhao berundur selepas mengaku bersalah melanggar undang-undang anti-pengubahan wang haram AS bagi membolehkan syarikat itu terus beroperasi.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini