Ringgit pulih sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit pulih sedikit berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri minggu ini lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini walaupun daya tahan dolar AS yang kekal kukuh di tengah-tengah harapan yang pudar untuk penurunan kadar awal AS dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7595/7705 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.7705/7745.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan kebanyakannya lebih tinggi berbanding dolar AS sebanyak kira-kira 0.14 peratus hari ini, sejajar dengan peningkatan dalam mata wang serantau lain seperti rupiah Indonesia, dolar Singapura dan peso Filipina .

"Bagaimanapun, isu mengenai masa untuk pemotongan kadar AS dan jangkaan rangsangan ekonomi China yang kuat terus memacu sentimen pasaran," katanya.

Pengarah Urusan Pengurusan Aset SPI Stephen Innes berkata walaupun terdapat daya tahan berterusan dalam penunjuk makroekonomi AS, termasuk penurunan lebih besar daripada jangkaan dalam tuntutan pengangguran awal dan peningkatan dalam hasil 10 tahun AS kepada 4.15 peratus, ringgit mengukuh pada hari itu.

"Pengukuhan (ringgit) ini disebabkan oleh permintaan cuti Tahun Baharu Cina, menunjukkan bahawa langkah baru-baru ini dalam mata wang adalah sedikit berlebihan, mungkin dipengaruhi oleh bacaan lemah pada data indeks harga pengguna China," jelasnya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1849/1925 daripada 3.2068/2100 pada penutup Khamis, menambah nilai berbanding pound Britain kepada 6.0017/0156 daripada 6.0251/0302 sebelumnya dan meningkat berbanding euro kepada 5.1241/13484.

Nota tempatan itu juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.5342/5429 berbanding 3.5471/5506 pada Khamis dan juga lebih baik berbanding rupiah Indonesia pada 304.3/305.2 berbanding 305.0/305.5 semalam.

Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.51/8.55 daripada 8.53/8.54 dan lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 13.2540/2902 daripada 13.3191/3362 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini