Tingkatkan Keselamatan Akaun Anda Dengan Petua Kami - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Tingkatkan Keselamatan Akaun Anda Dengan Petua Kami



Tingkatkan Keselamatan Akaun Anda Dengan Petua Kami


Baru-baru ini, laporan penyelidikan keselamatan industri telah menunjukkan peningkatan dalam kebocoran rekod data dalam talian. Sehubungan dengan itu, kami ingin memberi jaminan bahawa kami telah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk memastikan akaun anda kekal selamat.

Kami telah bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran terkawal dan selamat bagi melindungi wang, maklumat peribadi dan akaun anda. Pasukan kami juga sentiasa berusaha untuk menambah baik protokol dan mendahului kemungkinan ancaman keselamatan.

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan ini, kami menggesa anda untuk menetapkan semula kata laluan anda sebagai langkah berjaga-jaga. Kami juga menggalakkan anda untuk mengambil langkah proaktif dan mengikuti petua keselamatan penting ini untuk terus melindungi akaun XM anda.


Kukuhkan Kata Laluan Anda

- Pilih kata laluan yang kukuh dengan sekurang-kurangnya 10 aksara.

- Sertakan gabungan huruf besar dan kecil, nombor dan aksara khas.

- Jangan sekali-kali berkongsi kata laluan anda dan harap maklum bahawa XM tidak akan meminta kata laluan anda.

Cipta Kata Laluan Unik Bagi Setiap Laman Web

- Elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sama pada laman web yang berbeza.

- Manfaatkan pengurus kata laluan untuk mengurus kata laluan unik anda.

Berhati-Hati Dengan Penipuan

- Sentiasa berwaspada terhadap percubaan pancingan data melalui e-mel, panggilan atau mesej.

- Pastikan anda sentiasa menggunakan aplikasi mudah alih atau laman web rasmi XM.

Pastikan Peranti Anda Selamat

- Lindungi peranti anda dengan memasang perisian dan program antivirus yang dipercayai.

- Pastikan perisian, aplikasi dan sistem pengendalian anda dikemas kini untuk menangkis mana-mana penggodam.

Elakkan WiFi dan Peranti Awam

- Elakkan daripada menggunakan peranti kongsi atau awam untuk mengakses akaun XM anda.

- Jauhi rangkaian WiFi awam untuk mengelakkan potensi risiko keselamatan.

Keselamatan anda ialah keutamaan kami, dan mengambil masa beberapa minit untuk melaksanakan langkah-langkah ini akan meningkatkan perlindungan akaun anda dengan ketara.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami. Pasukan pengalaman pelanggan kami yang memenangi anugerah sentiasa bersedia untuk membantu anda.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini