Jangkaan pemulihan eksport akan dorong pengukuhan ringgit - MIDF - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Jangkaan pemulihan eksport akan dorong pengukuhan ringgit - MIDF


KUALA LUMPUR: MIDF Research optimis perdagangan luar Malaysia akan terus meningkat pada 2024, dengan eksport menokok 5.2 peratus tahun ke tahun, disokong oleh permintaan global yang semakin meningkat dan harga komoditi yang stabil.

"Jangkaan pemulihan terhadap eksport Malaysia adalah antara faktor untuk mendorong kenaikan ringgit pada 2024, dengan purata RM4.38 setiap dolar AS (berbanding kadar purata RM4.56 sedolar pada 2023)," kata unit penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd itu dalam nota penyelidikannya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Manufacturing bagi Malaysia yang mencatat angka lebih tinggi iaitu 49.5 pada Februari 2024, bacaan tertinggi sejak September 2022.

Peningkatan dalam PMI pembuatan Malaysia itu menunjukkan prestasi perdagangan luar yang lebih berkembang dalam tempoh beberapa bulan akan datang, katanya.

Selain itu, ia menjangkakan perdagangan serantau, terutamanya di Asia, akan kekal pada trajektori meningkat memandangkan PMI Pembuatan Caixin China meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh enam bulan pada 50.9 pada Februari 2023, mengatasi ramalan pasaran iaitu 50.6. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini