Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) dilihat menyokong mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.6860/6930 berbanding dolar AS daripada 4.7050/7080 pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks ISM untuk sektor pembuatan merosot di bawah paras 50 mata untuk bulan kedua berturut-turut kepada 48.7 mata pada Mei (April: 49.2).

"Penurunan itu membawa kepada hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dengan hasil untuk tempoh dua tahun dan 10 tahun, masing-masing kepada 4.81 peratus dan 4.39 peratus.

"Dengan kemungkinan penurunan kadar yang semakin meningkat dan pasaran ke arah mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 11-12 Jun, mungkin terdapat sokongan yang lebih baik untuk ringgit hari ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.1134/1210 daripada 5.1035/1068 pada Jumaat lepas, ia susut berbanding pound kepada 6.0037/0127 daripada 5.9876/9914, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 2.9962/3.0008 daripada 2.9901/9922 sebelum ini.

Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8071/8322 daripada 12.7860/7994 pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4817/4871 daripada 3.4803/4828 sebelum ini.

Mata wang tempatan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 288.6/289.2 daripada 289.4/289.7 sebelum ini dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.98/8.01 daripada 8.03/8.05. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini