MYR - Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, selari dengan mata wang Asia yang lain berikutan pengukuhan dolar AS susulan pelabur lebih berhati-hati berhubung perkembangan rundingan dagangan antara AS dan China, kata, peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 3.9700/9740 daripada 3.960/9710 yang direkodkan pada penutup Khamis.

Ketua Perdagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata pengukuhan dolar AS didorong oleh penanda aras 10 tahun Hasil Perbendaharaan AS yang mencecah paras tinggi tujuh tahun, 3.122 peratus pada Khamis lalu.

Katanya, prestasi lemah ringgit bagaimanapun diselamatkan oleh peningkatan harga minyak, dengan penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada 0.48 peratus lebih kekuh kepada AS$79.68 satu tong.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 2.9523/9557 daripada 2.9558/9599 dan naik berbanding yen kepada 3.5769/5815 daripada 3.5836/5878 pada Khamis.

Ia lebih kukuh berbanding pound Britain kepada 5.3516/3577 daripada 5.3543/3612 dan meningkat berbang euro kepada 4.6751/6806 daripada 4.6815/6878.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini