Penurunan ringgit seiring kejatuhan mata wang dunia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Penurunan ringgit seiring kejatuhan mata wang dunia


KUALA LUMPUR – Penurunan nilai ringgit berbanding dolar US seiring dengan trend kejatuhan mata wang dunia lain, yang berpunca daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata antara punca ketidaktentuan ekonomi dunia itu adalah perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

"Mata wang banyak negara jatuh (disebabkan perang perdagangan), bukan Malaysia sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hospital pakar jantung Cardiac Vascular di sini hari ini.

Katanya prestasi ringgit sebenarnya lebih baik jika dibandingkan dengan mata wang dunia yang lain.

“Jika dibandingkan Malaysia dengan sesetengah negara, nilai mata wang Malaysia naik,” katanya.
Pada penutup semalam, ringgit diniagakan pada 4.1020/1050 berbanding dolar AS daripada 4.0950/1000 pada Selasa.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain antaranya dolar Singapura, yen Jepun, pound British dan euro.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini