Ringgit dibuka lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lemah


KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Khamis apabila pelabur menjangkakan perang perdagangan antara AS dan China akan bertambah meruncing, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 pada penutupan Rabu.

Presiden Donald Trump dilaporkan memberi tahu media Rabu bahawa beliau tidak mempunyai sebarang tarikh khusus bagi memulakan rundingan perdagangan AS-China.

Pada paras pembukaan, ringgit bagaimanapun diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0448/0475 daripada 3.0446/0492 penutup Rabu, meningkat berbanding yen kepada 3.8352/8391 daripada 3.8376/8426 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6972/7027 daripada 4.7064/7137.

Berbanding pound Britain, ringgit mengukuh kepada 5.2820/2862 daripada 5.2922/2003 Rabu. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini