Apakah FXTM Invest?


Apakah FXTM Invest?

FXTM Invest ialah program salin dagangan yang mesra pengguna, fleksibel dan terkini daripada FXTM. Program ini memberi pedagang peluang untuk mengikuti dagangan Pengurus Strategi yang sesuai.

Pelanggan yang mengikuti dagangan Pengurus Strategi dipanggil Pelabur. Mana-mana dagangan yang dibuka oleh Pengurus Strategi disalin secara automatik ke dalam akaun Pelabur pada masa dan harga yang sama. Pelabur boleh memilih untuk mengeluarkan wang atau menutup Akaun Pelaburan mereka pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Pengurus Strategi biasanya pedagang yang berpengalaman dan mahir, dan mereka menerima bayaran peratusan yang ditetapkan lebih awal untuk setiap Pelabur yang mengikuti mereka. Bayaran ini dipanggil “Bahagian Untung” iaitu peratusan daripada keuntungan yang diberikan kepada Pengurus Strategi kerana prestasi yang positif selama 30 hari yang lalu. Beginilah caranya Pengurus Strategi mendapat wang tambahan bagi dagangan mereka yang menguntungkan. Jika dagangan tidak menguntungkan, Bahagian Untung tidak dikenakan.

FXTM Invest sesuai untuk pedagang baru, pertengahan dan lanjutan. Orang yang tiada pengetahuan lanjut tentang dagangan atau tiada masa untuk berdagang sendiri ialah calon yang sesuai bagi Pelabur. Mereka yang ingin menambah baik hasil dagangan atau mengalami kesukaran dengan sistem, peraturan dan disiplin dagangan juga sangat sesuai. Sebaliknya, jika anda pedagang berpengalaman yang ingin mencari pendapatan tambahan bagi dagangan anda yang berjaya – mengapa tidak menjadi Pengurus Strategi?



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini