RCEP dorong pengukuhan ringgit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

RCEP dorong pengukuhan ringgit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pagi ini berbanding dolar AS, disokong olehsensif Serantau (RCEP) yang telah dimeterai semalam.

Perjanjian RCEP itu dimeterai antara 15 negara yang mengambil bahagian. Negara yang turut serta termasuklah 10 negara anggota ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Pada pukul 9.06 pagi, mata wang tempatan lebih tinggi pada 4.1150/1230 berbanding AS dolar daripada 4.1220/1260 ketika ditutup pada Jumaat petang.

Ketua Strategi Pasaran Global, Axi Stephen Innes, berkata pemeteraian RCEP akan berpihak kepada mata wang tempatan, seperti juga laporan mengenai vaksin COVID-19 yang akan mengurangkan peluang beberapa pasaran lain untuk mengalami senario menurun yang lebih buruk.

"Mata wang dolar AS sepatutnya lemah dan ini boleh membantu merangsangkan urus niaga ringgit," kata beliau.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit dibuka kebanyakannya rendah pagi ini.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0570/0643 daripada 3.0558/0608 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih rendah berbanding pound Britain pada 5.4384/4494 daripada 5.4291/4360.

Mata wang tempatan lebih lemah berbanding yen kepada 3.9329/9417 daripada 3.9246/9288 tetapi meningkat berbanding euro kepada 4.8734/8845 daripada 4.8743/8802 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini