Ringgit diniaga rendah menjelang pengumuman KDNK - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diniaga rendah menjelang pengumuman KDNK




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga hari ini dan berikutan harga minyak merosot dalam persekitaran membina inventori.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.13300/1370 berbanding dolar AS daripada 4.1280/1330 semasa ditutup pada Khamis.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata peniaga berharap KDNK suku ketiga mencatatkan penurunan pada 7.0 peratus daripada penguncupan 17.1 peratus pada suku kedua.
"Bagaimanapun, ringgit mendapat bantuan dari aspek tenaga berikutan harga minyak sekali lagi merosot, selain penularan COVID-19 di peringkat global.

Untung bersih PETRONAS susut 68 peratus kepada RM4.5 bilion

"Ringgit hari ini dibuka rendah pada paras 4.13," katanya.

Pasaran minyak berada di bawah tekanan selepas Pentadbiran Maklumat Tenaga melaporkan simpanan stok minyak meningkat 4.3 juta tong untuk minggu berakhir 6 November selepas penarikan stok sebanyak 8.0 juta tong pada minggu sebelumnya.

Dalam negara, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan data untuk suku ketiga pada 12 tengah hari ini.
Berbanding mata wang utama kecuali pound, ringgit diniagakan rendah.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0640/0681 daripada 3.0603/0647 semasa ditutup pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 4.8802/8854 daripada 4.8739/8815.
Unit tempatan rendah berbanding yen kepada 3.9377/9419 daripada 3.9161/9220 semalam dan meningkat berbanding pound kepada 5.4225/4282 daripada 5.4411/4498.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini