Ringgit dibuka lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS itu yang mengukuh, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0655/0690 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0650 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata dolar AS yang lebih tinggi itu disokong oleh keyakinan mengenai kelulusan vaksin oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS, dan pelaksanaannya di AS mengekang pasaran minyak selepas membina inventori yang lebih besar daripada jangkaan di negara itu.

"Saya turut menjangka saham serantau diniagakan tidak menentu berikutan kurang kemajuan mengenai Brexit dan rangsangan AS.

"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, pembangunan vaksin dan pelaksanaannya di seluruh dunia akan membantu pengeksport serantau, yang menunjukkan ringgit akan diniagakan kukuh," katanya kepada Bernama.

AmBank Research dalam notanya hari ini berkata, ringgit meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga hari semalam selepas naik 0.23 peratus kepada 4.063 berbanding dolar AS.
Ia menjangka ringgit diniagakan antara paras sokongan pada 4.0507 dan 4.0570, manakala paras halangan pada 4.0736 dan 4.0811.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0403/0438 daripada 3.0421/0438 pada Rabu, 

bagaimanapun, merosot berbanding pound kepada 5.4396/4455 daripada 5.4623/4666 sebelum ini.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.9119/9166 daripada 4.9260/9296 semalam dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.8990/9027 daripada 3.9030/9056.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini