Ringgit kembali mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kembali mengukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup hari ini di celah-celah permintaan yang lemah terhadap mata wang AS itu.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan mengukuh pada 4.0630/0650 berbanding dolar AS daripada paras 4.0700/0740 pada akhir dagangan Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata harapan terhadap pakej rangsangan AS seolah-olah memberi dorongan kepada ringgit diikuti dengan lonjakan luar biasa harga minyak mentah berikutan ketegangan Asia Barat yang semakin meruncing selepas dua telaga minyak diserang di Iraq.

"Bagaimanapun, sedikit langkah berhati-hati perlu dilaksanakan terhadap pergerakan ringgit berikutan harga minyak yang tidak menentu dan tekanan pembiayaan dolar AS pada akhir tahun telah mula meningkat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0421/0438 daripada 3.0478/0519 ketika ditutup pada Selasa dan berbanding pound Britain, ia jatuh kepada 5.4623/4666 daripada 5.4335/4396 semalam.

Unit tempatan itu juga menambah berbanding euro kepada 4.9260/9296 daripada 4.9353/9418 pada Selasa dan menurun berbanding yen Jepun pada 3.9030/9056 daripada 3.9131/9173.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini