Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan prestasi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka hari ini memandangkan pelabur masih tidak memasuki pasaran bagi menunggu pemangkin tempatan baharu.

Pada 9.02 pagi, ringgit dibuka pada 4.0490/0520, sama seperti ketika ditutup semalam.

Penganalisis berkata walaupun kalangan pakar ekonomi dan bank pusat mengunjurkan ekonomi lebih baik pada 2021, namun pelabur masih bimbang mengenai kenaikan kes pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

"Meskipun vaksin mencatatkan perkembangan yang amat baik, tetapi masih wujud pengenaan langkah kawalan pergerakan untuk mengekang penularan pandemik itu," katanya.

Beliau berkata di peringkat luaran, tindakan Rizab Persekutuan AS terus membeli bon sehingga ia menyaksikan kemajuan ekonomi yang lebih ketara dilihat sebagai langkah untuk menstabilkan pasaran kewangan AS selepas pandemik ini berakhir.

Fed AS pada masa ini membeli bon pada kadar AS$120 bilion sebulan.

"Ini menunjukkan pemulihan ekonomi adalah lemah sehingga awal 2021 sebelum ia perlahan-lahan mencatatkan peningkatan semula," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0464 daripada 3.0469/0518 ketika ditutup semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.4698/4743 daripada 5.4722/4806.

Ringgit juga stabil berbanding Euro kepada 4.9365/9414 daripada 4.9418/9487 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.9155/9188 daripada 3.9197/9253 semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini