Ringgit dibuka sedikit kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka sedikit kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pagi ini, disokong oleh kenaikan harga minyak global.

Pada pukul 9.15 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0470/0500 ketika ditutup petang Selasa.

Seorang peniaga berkata, harga minyak terus stabil meskipun berhadapan dengan masalah pasaran sempadan.

"Namun, momentum kenaikan harga terhenti berikutan kebimbangan mengenai keberkesanan vaksin COVID-19 dan pelancarannya telah menjejaskan risiko permintaan minyak," kata beliau.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent menokok 0.13 peratus untuk diniagakan pada AS$55.98 setong.

Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0491/0531 daripada 3.0477/0511 pada Selasa, jatuh berbanding pound Britain kepada 5.5489/5562 daripada 5.5270/5327 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.9122/9195 daripada 4.9078/9131 pada penutupan semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8959/9011 daripada 3.8988/8025 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini