Dagangan ringgit dibuka lesu - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit dibuka lesu




KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah dengan kecenderungan kepada penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ia berikutan peniaga memantau hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang dijadualkan berakhir pada Rabu.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1130/1180 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1160 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata ringgit terus dikekang oleh dolar AS yang kukuh, hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, kemungkinan ekonomi AS mengatasi jangkaan dan menjangka hasil AS yang lebih tinggi akan menjadi lebih ketara pada suku kedua.

"Buat masa ini, pasaran forex Asia, termasuk dolar AS/ringgit, telah beralih kepada sentimen pembelian dolar AS semasa rendah selain memantau hasil AS," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata kemungkinan idea yang baik untuk memberi tumpuan kepada peningkatan pertumbuhan Asia melalui pemulihan perdagangan global.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding euro, naik kepada 4.8945/9021 daripada 4.9044/9108 semasa ditutup pada Selasa.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7686/7742 daripada 3.7652/7699, merosot berbanding pound kepada 5.7142/7215 daripada 5.6857/6928 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0546/0590 daripada 3.0543/0579.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini