Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sebanyak 100 mata asas (bps) berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen kekal cenderung kepada reaksi dolar AS yang lebih meluas terhadap hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.1250/1280 berbanding dolar AS daripada 4.1150/1200 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes, berkata peniaga tukaran asing percaya hasil AS akan terus meningkat.

"Sehingga terdapat bukti kukuh dan jelas terhadap yang sebaliknya, ringgit boleh kekal dalam mod bertahan," katanya kepada Bernama.

Unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0635/0664 daripada 3.0583/0627 pada Selasa dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.7955/7987 daripada 3.7863/7913 semalam.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7366/7425 daripada 5.7178/7260 dan turun berbanding euro kepada 4.9083/9127 daripada 4.8989/8057 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini