Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit gagal mengekalkan peningkatannya sewaktu dibuka pada Khamis berikutan diniagakan rendah sebanyak 30 mata asas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan kekurangan minat belian, kata penganalisis.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan itu jatuh kepada 4.0520/0570 berbanding dolar AS daripada 4.0490/0530 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Strategis Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata sentimen kekal cenderung terhadap reaksi dolar AS yang lebih meluas kepada hasil AS yang lebih tinggi terutama jika kenaikan hasilnya mula mengatasi peningkatan hasil bon negara lain.

"Ringgit ditutup dalam sentimen memuaskan semalam selepas kerajaan melonggarkan sekatan perjalanan di hampir seluruh negara.

"Harga minyak yang lebih tinggi hari ini akan mengimbangi kenaikan hasil AS untuk membolehkan ringgit diniagakan dalam julat semasa, namun dijangka lemah (sewaktu dibuka)," katanya kepada Bernama.

Innes berkata, pelabur menantikan keputusan pengurangan output OPEC+ hari ini.
Setakat ini, minyak mentah Brent naik 0.22 peratus kepada AS$64.21 setong.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0407/0451 daripada 3.0446/0487 pada Rabu dan menokok berbanding pound
Britain kepada 5.6452/6538 daripada 5.6605/6673.
Unit tempatan itu naik berbanding euro kepada 4.8843/8907 daripada 4.8993/9058 dan menambah berbanding yen Jepun kepada 3.7855/7905 daripada 3.7877/7921.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini