Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, didorong oleh keyakinan terhadap matlamat negara untuk mencapai imuniti kelompok selewat-lewatnya pada September.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.1480/1500 daripada penutupan Selasa pada paras 4.1510/1530.

Menurut Bloomberg, ringgit bersedia untuk pulih kembali pada separuh kedua tahun ini, disokong oleh pencapaian imuniti kelompok itu.

Pada tengah hari ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata menyatakan Malaysia akan menerima satu juta vaksin AstraZeneca sumbangan Jepun pada hari Khamis dan satu juta dos lagi vaksin Pfizer-BioNTech yang disumbangkan oleh AS pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pacific, Jeffrey Halley berkata, peningkatan dolar AS terus stabil selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dengan kebimbangan berkenaan virus di seluruh dunia sedikit sebanyak turut memberikan beberapa sokongan.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7462/7490 daripada 5.7516/7544 pada penutupan Selasa dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9316/9339 daripada 4.9434/9458.

Unit tempatan turut mengukuh berbanding dolar AS kepada 3.0870/0887 daripada 3.0883/0900 dan tinggi sedikit berbanding yen kepada 3.7528/7550 daripada 3.7538/7560 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini