Dagangan ringgit bermula lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Dagangan ringgit bermula lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis susulan petunjuk ekonomi yang dikeluarkan AS mendorong kenaikan kecil bagi mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.1550/1580 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1500 ketika penutupan pada Rabu.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data Perubahan Pekerjaan Bukan Ladang ADP yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan angka yang sedikit lebih tinggi berbanding jangkaan iaitu 692,000.

"Data ADP amat penting kerana ia dianggap petunjuk yang baik bagi data Pembayaran Gaji Bukan Ladang rasmi yang akan dikeluarkan pada Jumaat," katanya.


Beliau berkata, dolar AS juga disokong oleh indikator Jualan Rumah Tertunda AS yang tanpa dijangka melonjak daripada unjuran awal 0.8 peratus kepada lapan peratus pada Mei.


"Ini mendorong pergerakan dolar AS meningkat bagaimanapun, sentimen pasaran kekal bimbang ekoran penularan COVID-19 daripada varian Delta yang baharu di seluruh dunia," katanya.


Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama semasa awal dagangan pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.7397/7439 daripada 5.7462/7490 semasa penutupan pada Rabu dan stabil berbanding euro kepada 4.9237/9272 daripada 4.9316/9339.

Ringgit juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0869/0896 daripada 3.0870/0887 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.7409/7439 daripada 3.7528/7550 pada Rabu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini